Thursday, 11 April 2019

Kejayaan 2019

Nama program: Mission Impossible Challenge sempena Brain Awareness and Edutainment Month 2019Tarikh : 21 Mac 2019Tempat : Museum Illusions Kuala LumpurPencapaian : JohanPeringkat penyertaan : Kebangsaan





Kejayaan 2019

Nama Program: Pertandingan Wind Orkestra SBP 2019
Tarikh : 6-9 April 2019
Tempat : Universiti Kebangsaan Malaysia
Pencapaian : Gangsa
Peringkat penyertaan : Kebangsaan





Program :Majlis Perasmian Bilik Digital Maker Hub Champion School & Jaringan Kerjasama Digital Maker,Pelantikkan Hub Erph Google ClassroomMasa : 2.00 Ptg -4.30 PtgTempat : Dewan Sri Bestari,SMSTJDirasmikan Oleh : Yb Tuan Eddin Syazlee Bin Shith









HARI KARNIVAL


Program : Hari Karnival SM Sains Tuanku Jaafar 3.0Hari : SabtuTarikh : 6 April 2019
Masa : 7.30 pagi - 4.30 pagi














Wednesday, 10 April 2019

LAGU SEKOLAH


MAJU SEMPURNA

Tersergam Indah Di Pinggir Desa
Sekolah Tuanku Ja'afar Tercinta
Harum Namamu Sentiasa Dipuja
Lahirkan Insan Bertakwa
Para Pendidik Tumpahkan Setia
Turut Segala Bimbingan Mulia
Berdedikasi Beradap Sopan
Membentuk Akhlak Teras Kemajuan
Gigih Berusaha Menimba Ilmu
Majukan Diri Ke Puncak Jaya
Maju Didunia Akhirat Jua
Sempurna Iman dan Cita
Ayuh Bangsaku Mari Bersama
Berpadu Tenaga Seia Sekata
Curahkan Bakti Pada Negara
Maju Sempurna Selamanya

VISI DAN MISI SEKOLAH


PERNYATAAN MISI
MENYEDIAKAN PENDIDIKAN TERBAIK BAGI MELAHIRKAN PELAJAR BESTARI
DAN BERKETERAMPILAN MELALUI PENGURUSAN
DAN KEPEMIMPINAN BERKUALITI


PERNYATAAN VISI
SMSTJ MENJADI SEKOLAH
TERBILANG DI MALAYSIA
MENJELANG 2015

BICARA PENTADBIR






Bismillahirrahmaanirrahim,
Assalaamualaikum warahmatullaahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah (SWT) kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan laman sesawang sekolah ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa ICT kerana telah berjaya membina laman maya untuk sekolah ini. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat melayari Laman Sesawang Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar. Dengan adanya Laman Sesawang ini, diharapkan dapat memberi maklumat serta infomasi berguna kepada yang melayarinya tentang visi dan misi serta segala aktiviti sekolah  yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di sini. Seterusnya saya ingin menyatakan bahawa ada empat pendekatan yang menjadi hala tuju SMS Tuanku Jaafar, iaitu Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan kokurikulum, Pembangunan sahsiah dan pembangunan EQ. Sehubungan dengan ini semua pihak termasuk warga pendidik, Staf, para pelajar serta PIBG Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar  berganding bahu di dalam menjayakan hala tuju sekolah ini.
Sebelum mengakhiri kata-kata ini, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi melayari Laman Sesawang Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.
Semoga tuan/ puan mendapat maklumat daripada paparan laman sesawang.  Akhir kata ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merialisasikan laman sesawang ini. Semoga Allah (SWT) memberkati usaha murni ini.
Terima Kasih.

En Adnan Bin Harun
Pengetua,
SM Sains Tuanku Jaafar.

Sejarah








Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar ( Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar ; disingkat STJ ) adalah sebuah sekolah persekolahan ( Sekolah Berasrama Penuh ) di Negeri Sembilan , Malaysia . Ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Rancangan Malaysia Kedua , ia adalah Sekolah Sains pertama negeri. Sekolah ini dikenali sebagai STJ. Pada tahun 2012, sekolah ini telah dianugerahkan gelaran Sekolah Berprestasi Tinggi atau Sekolah Tinggi Prestasi [1] , gelaran yang dianugerahkan kepada sekolah-sekolah di Malaysia yang telah memenuhi kriteria yang ketat termasuk pencapaian akademik, kekuatan alumni, pengiktirafan antarabangsa, rangkaian dan hubungan.
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1974 dan bangunan telah siap pada tahun 1975. Penubuhan ini bertujuan menyediakan pendidikan sains kepada Bumiputera luar bandar Terdahulu dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan, STJ adalah salah satu daripada 10 SBP yang dibicarakan pada tahun 1973 untuk mematuhi aspirasi Dasar Ekonomi Baru (DEB) seperti yang diterangkan dalam Buku Merah Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975. Pada tahun 1982, nama itu telah ditukar kepada Sekolah Tuanku Jaafar (STJ) apabila ia dibuka oleh Sultan semasa Great Free State, HRH anak lewat Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul RahmanPada tahun 1994, sekolah itu sekali lagi menukar namanya ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar. Walau bagaimanapun inisial STJ masih digunakan hingga ke hari ini. Kumpulan pelajar pertama pada tahun 1973 tinggal di asrama dan belajar di King George V School, Seremban menyusun seluruh kampus STJ yang siap pada tahun 1975.